Malaysia bukan pemenang Kostum Nasional, penganjur Miss Universe buat silap lagi


shadow

HANCUR musnah!  Barangkali, itulah perasaan yang mungkin boleh digambarkan selepas Malaysia diumumkan bukan sebagai pemenang kategori Kostum Nasional di acara Miss Universe 2019.

Sebaliknya, kategori berkenaan adalah milik Filipina dan  bukannya Malaysia seperti yang diumumkan lebih awal.

Filipina diwakili oleh Gazini Ganados.

Jika diikutkan ini adalah kemenangan yang sangat bermakna buat Malaysia kerana ini merupakan kemenangan pertama Malaysia di pentas Miss Universe.

Berita kesilapan pengumuman itu dikongsi di laman Twitter rasmi Miss Universe yang sekali gus mencetus perdebatan dalam kalangan penggemar acara itu dan netizen.

Dalam masa sama, video yang memaparkan sedutan wawancara dengan wakil Malaysia, Shweta Sekhon sebagai ‘pemenang’ kategori Kostum Nasional telah dipadam di laman Twitter itu.Miss Universe 2019 telah berlangsung di Tyler Perry Studios, Atlanta, Amerika Syarikat dan dikendalikan oleh Steve Harvey .


.@IAmSteveHarvey had it right: Miss Universe Philippines Gazini Ganados is the winner of the #MissUniverse2019 National Costume competition! Congratulations, Gazini.

View image on Twitter

34.2K1:39 PM – Dec 9, 2019Twitter Ads info and privacy14K people are talking about thisIni bukan kesilapan pertama dilakukan dalam acara terbesar dunia itu, sebaliknya, pada 2015. Harvey pernah tersalah mengumumkan pemenang utama Miss Universe antara Ariadna Gutiérrez yang mewakili Colombia yang sepatutnya dimenangi oleh Pia Wurtzbach (Filipina).

Apa pun, Malaysia mengharapakan bahawa kemenangan tersebut akan kekal menjadi milik Shweta Sekhon.

  • astro Awani


Tinggalkan komen anda