MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini membuat keputusan berpihak kepada bekas pengarah Asian International Arbitration Centre (AIAC) N Sundra Rajoo untuk mendapatkan imuniti terhadap pendakwaan terhadapnya ketika beliau memegang jawatan itu.
Hakim Mariana Yahya hari ini memutuskan Sundra atas kapasitinya sebagai bekas pegawai tinggi di AIAC mempunyai imuniti terhadap tuduhan dan proses undang-undang lain dikenakan kepadanya, termasuk prosiding sivil dan jenayah di mahkamah.
Sehubung itu, tiga pendakwaan pecah amanah yang dikenakan terhadapnya oleh pendakwa raya, digugurkan, kata hakim.
“Pemohon imun daripada sebarang proses undang-undang dan tindakan jenayah terhadapnya oleh responden
Pemohon adalah kebal dari mana-mana proses undang-undang dan tindakan jenayah yang diambil terhadapnya oleh responden melanggar Akta 485
“Pemohon adalah imun daripada mana-mana proses undang-undang dan tindakan jenayah dikenakan terhadapnya oleh responden bertentangan dengan Akta 485, dan oleh itu ia terbatal dan tidak sah dari sisi undang-undang, dan perlu dibatalkan,” kata hakim.
Akta 485 merujuk kepada Akta Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan Kekebalan) 1992.
Tinggalkan komen anda