Loji Sungai Semenyih kembali beroperasi, bekalan air pengguna ambil masa untuk stabil


shadow

KUALA LUMPUR: Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih yang terpaksa menghentikan tugas Jumaat lalu akibat pencemaran bau sudah kembali beroperasi jam 1 petang hari ini.

Bagaimanapun, pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata, proses rawatan dan pengeluaran air terawat akan mengambil sedikit masa sebelum bekalan stabil untuk disalurkan kepada pengguna.

Pada masa sama, loji rawatan kumbahan (LRK) Bukit Tampoi, yang juga menerima sumber air mentah dari Sungai Semenyih, masih belum memulakan operasinya.

“Pihak Air Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini berkaitan penyaluran air terawat kepada pengguna dari semasa ke semasa.

  • astro Awani

Tinggalkan komen anda