Lantikan pengarah baharu di SPRM


shadow

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melantik Ahmad Khusairi Yahaya sebagai pengarah siasatan baharu.

Dalam satu kenyataan, ia berkata Khusairi mengambil alih jawatan itu daripada Simi Abdul Ghani, 60, yang telah bersara.

Pelantikan itu berkuatkuasa pada 24 Disember.

Khusairi, 52, memulakan kerjayanya sebagai pegawai penyiasat pada 1992 dan sebelum ini berkhidmat sebagai pengarah dasar, perancangan dan penyelidikan,serta mengetuai pejabat negeri SPRM Kuala Lumpur.

Simi pula berkhidmat dengan SPRM selama 36 tahun, dan memulakan perkhidmatannya sebagai pegawai penyiasat ketika ia dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah.

Sementara itu, pengarah pemeriksaan dan perundingan Abd Aziz Aban, 55, dilantik sebagai pengarah perisikan baru, menggantikan Khusairi pada tarikh yang sama.

Terdahulu, Aziz pernah berkhidmat sebagai pengarah SPRM di Putrajaya, Kelantan dan Pulau Pinang.

Tinggalkan komen anda