Kongsi Artikel Orang Cina Pendatang: Teresa Kok Dikecam


shadow

Menteri Industri Utama, Teresa Kok baru-baru ini berkongsi satu artikel berkaitan penghijrahan orang cina ke Tanah Melayu satu ketika dahulu.

Walaupun kini Teresa Kok yang merupakan antara pemimpin tertinggi DAP dan memegang jawatan sebagai MENTERI PENUH di dalam KABINET MALAYSIA, namun beliau seolah-olah tidak gentar dengan persepsi orang cina di negara ini berkaitan artikel tersebut.

Menurut artikel berkenaan selepas Perang Opium, pasukan asing menyerbu tanah besar China, dan sejumlah besar orang Cina di wilayah China Selatan, terutama petani bankrap, terpaksa tinggal di laut.

Keadaan terdesak di Tanah Besar China ketika itu menyebabkan masyarakat cina tida ada pilihan selain berhijrah ke negara-negara yang mempunyai hasil yang baik. Dan Tanah Melayu adalah salah satu antaranya.

Ketika itu, Wilayah Fujian dan Guangdong di China Selatan, dan wilayah Hainan dan Guangxi adalah wilayah pesisir. Mereka berdekatan dengan Asia Tenggara.

Di samping itu, terdapat banyak orang dan kurang tanah, dan terdapat bencana alam dan bencana buatan manusia. Oleh itu, orang ramai telah berhijrah ke Asia Tenggara lebih awal.

Artikel berkenaan membincangkan secara lebih mendalam berkaitan penghijrahan berkenaan bagaimanapun tindakan Teresa Kok yang berkongsi di laman sosial dilihat tidak disenangi masyarakat cina di negara ini.

Persoalannya mengapa? Tidakkah mengenali asal usul itu merupakan sesuatu yang baik? Atau masyarakat cina sedang cuba menafikan hakikat sebenar?

Apa-apa pun biar masyarakat sendiri baca dan tafsir artikel yang dikongsi Ahli Parlimen DAP ni.

Sumber:

https://malaysianchinesemuseum.blogspot.com/p/blog-page_10.html?fbclid=IwAR3WwpJpUs76Nj8RNGI0RuiiXFsr9PcLpjBLObID5b7O8VgnbK0DNoDplLc

Tinggalkan komen anda