Ketua Polis Kedah patah kaki kanan akibat kemalangan


shadow

ALOR SETAR: Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob patah kaki sebelah kanan akibat kemalangan selepas motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan sebuah kereta jenis Perodua Alza di simpang empat Pokok Pauh, Pokok Sena pagi Selasa.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi tadi, Zainuddin dikatakan menunggang motosikal jenis Honda RS 150 ketika dalam perjalanan untuk menyertai Konvoi Kapchai Ambang Tahun 2020.

Menurut sumber, Zainuddin dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dengan menaiki ambulans untuk mendapat rawatan.

Tinggalkan komen anda