Kenderaan terbabas dalam gaung 20 meter, warga emas berhadapan detik cemas


shadow

TAPAH: Seorang warga emas berhadapan detik cemas apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas ke dalam gaung dianggarkan 20 meter di Jalan Pahang Batu 13, di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak ketika mengulas kejadian itu berkata, mangsa dikenali sebagai Khor Chin Chark, 72, bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.

Katanya lagi, mangsa juga berjaya keluar dari kenderaan dengan sendirinya.

“Pihak kami menerima panggilan pada pukul 8.46 pagi dan setibanya di lokasi kejadian mendapati terdapat kemalangan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

“Tindakan operasi membuat size up bagi memastikan tiada bahaya lain yang wujud dan anggota melakukan operasi membuat sistem tali untuk penyelamat turun ke lokasi dengan membawa 1 unit pengusung, 1 unit c coller, 2 unit webbing dan 2 unit lampu suluh.

“Seramai empat orang penyelamat membuat kerja penyelamatan di lokasi mangsa terjatuh, mangsa kemudiannya dipakaikan c coller dan diletakkan dalam pengusung,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Anggota keselamatan sedang melakukan kerja-kerja menyelamat warga emas yang terbabas dalam gaung sedalam 20 meter di Tapah pada pagi Ahad. - Gambar ihsan JBPM

Anggota keselamatan sedang melakukan kerja-kerja menyelamat warga emas yang terbabas dalam gaung sedalam 20 meter di Tapah pada pagi Ahad. – Gambar ihsan JBPM

Menurut jurucakap itu lagi, mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.

Operasi yang diketuai oleh Penguasa Bomba Kanan II, Mohd Saiful Haniff Mahmad Ayub itu tamat pada pukul 10.57 pagi.

  • astro Awani

Tinggalkan komen anda