KEMENTERIAN Kewangan akan memperuntukkan RM40 juta untuk lembaga pemegang amanah Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KTAR), kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Lim berkata dana itu, yang akan diuruskan oleh Persatuan Tunku Abdul Rahman (TAA), dijangka diluluskan pada akhir bulan.
Jumlah RM40 juta itu untuk tahun ini. Kerajaan sebelum ini berkata akan menyalurkan sekurang-kurangnya RM30 juta untuk kolej itu bermula 2019.
“Selain TAA, ahli pemegang amanah yang dicadangkan akan turut terdiri daripada wakil pelajar kolej itu dan wakil Kementerian Kewangan,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata TAA percaya universiti itu perlu diuruskan sebagai institusi pendidikan profesional yang bebas daripada campur tangan politik.
Lim berkata ini peluang kepada TAA membuktikan ia mampu memegang tanggungjawab menguruskan wang KTAR.
Tinggalkan komen anda