AHLI Parlimen yang gagal mengisytiharkan aset mereka seperti diarahkan mesti dihukum kerana keingkaran berbuat demikian adalah memalukan, kata badan pemerhati rasuah.
Pusat Membasmi Rasuah dan Kronisme (C4) berkata ia melucukan yang ahli Parlimen pembangkang masih memberi satu persatu alasan untuk mengelakkan pengisytiharan aset.
Pengarah Eksekutif C4 Cynthia Gabrial berkata Perintah Tetap yang dikeluarkan speaker Dewan Rakyat tidak memadai untuk memastikan anggota Parlimen mematuhinya.
“Ahli Parlimen yang didapati bersalah boleh didakwa menghina Dewan, atau digantung daripada berhasan, dan dibawa kepada perhatian Jawatankuasa Keistimewaan di bawah Peraturan 80.
“Walaupun Perintah Tetap adalah langkah baik oleh kerajaan, kami menegaskan keperluan undang-undang adalah perlu untuk melaksanakan perkara ini sepenuhnya dan komprehensif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof baru-baru ini berkata hanya 160 dari 222 ahli Parlimen mengisytiharkan aset mereka sehingga tarikh akhir 5 Disember.
“Seramai 62 yang lain belum mengemukakan borang pengisytiharan mereka,” kata Arif dalam satu kenyataan.
Semua wakil rakyat Pakatan Harapan menepati tarikh akhir penyerahan. Hanya tiga wakil Barisan Nasional yang berbuat demikian.
Tinggalkan komen anda