Henti bergeser sesama sendiri, kata Wan Azizah


shadow

DR Wan Azizah Wan Ismail mahu anggota PKR berhenti daripada bergolak dan bergeseran sesama sendiri kerana ia tidak menguntungkan sesiapa, bahkan membawa kehancuran.

Pengerusi Majlis Penasihat PKR itu berkata sebaliknya anggota parti perlu mencari titik pertemuan untuk berlabuh dan merancang agenda besar membela rakyat. 

“Kita tidak boleh selamanya hidup dalam konflik dan pergolakan, kapal yang berlayar sehebat mana pun kalau berterusan dibadai ombak tanpa usaha untuk berlabuh di pengkalan, pasti akan musnah jua akhirnya,” katanya semasa berucap menyempurnakan penutupan Kongres Nasional Tahunan Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2019 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.

Mengimbas kembali sejarah parti dan pergeseran sengit kalangan pemimpin yang pernah berlaku dalam tempoh dua dekad PKR menjadi parti politik utama negara ini, presiden pertama PKR itu yakin pergolakan akan lebih mematangkan parti dan menyifatkannya sekadar áir berkocak dalam cawan’.

“… tak akan sampai tumpah ke lantai. Ibarat carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua,” kata Dr Wan Azizah, yang juga Timbalan Perdana Menteri wanita pertama negara.

Tinggalkan komen anda