Hari 65: Pemeriksaan balas pendakwaan masuk hari ke-4


shadow

Perbicaraan kes jenayah bekas perdana menteri Najib Razak melibatkan dakwaan penyalahgunaan dana dari SRC International Sdn Bhd masuk hari ke-65 hari ini di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.

Malaysiakini membawakan anda laporan langsung prosiding.

9.50 pagi: Najib Razak masuk kandang saksi. Prosiding bermula.

Bekas perdana menteri itu akan meneruskan pemeriksaan balas oleh DPP V Sithambaram

9.37 pagi: Bekas perdana menteri Najib Razak masuk Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan mengambil tempat duduk di barisan depan galeri awam.

Turut kelihatan di mahkamah menunggu prosiding bermula adalah DPP V Sithambaram, yang dijangka melanjutkan pemeriksaan balas terhadap tertuduh


Pemeriksaan balas pendakwaan dalam kes SRC International melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak memasuki hari keempat.

Timbalan pendakwa raya (DPP) V Sithambaram akan menyambung semula pemeriksaan balasnya terhadap Najib, yang juga bekas menteri kewangan, pada hari ke-65 perbicaraan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada jam 9.30 pagi ini.

Dalam pemeriksaan balas semalam, soalan-soalan yang diajukan Sithambaram terhadap Najib mencetuskan beberapa pertikaman lidah terutama apabila menyentuh sama ada Najib bertanggungjawab secara peribadi terhadap salah laku yang dikaitkan dengan akaun banknya.

Kenyataan saksi Najib yang dicatatkan oleh SPRM juga mendedahkan bahawa beliau tidak mempertikaikan kesahihan tandatangannya pada dokumen penting seperti minit mesyuarat Kementerian Kewangan ke atas 1MDB dan SRC International.

Ini walaupun tertuduh, semasa perbicaraan, menyatakan keraguan mengenai kesahihan tandatangan pada dokumen-dokumen penting yang dikatakan miliknya.

Secara kebetulan, permohonan Najib untuk mendapatkan seorang pakar tulisan tangan Australia dibenarkan memeriksa dokumen-dokumen ini untuk memastikan kesahihannya akan dibawa kepada pengurusan kes di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi tadi.

Tinggalkan komen anda