Harga RON97 turun 2 sen


shadow

HARGA pam bagi petrol RON97 turun 2 sen kepada RM2.64 seliter daripada RM2.66 seliter, menurut Kementerian Kewangan.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, harga berkenaan berkuatkuasa tengah malam ini sehingga 13 Disember.

Bahan api RON95 dan diesel kekal pada harga RM2.08 dan RM2.18 seliter, tambahnya dalam pengumuman mingguan mengenai harga minyak.

Pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk itu menjadikan anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan adalah RM107.40 juta untuk seminggu akan datang. 

Tinggalkan komen anda