PRESIDEN Amanah, Mohamad Sabu mengkritik umat Islam di Malaysia yang dilihat taksub dengan perkara remeh seperti abu Chin Peng ketika dunia sibuk menangani isu pemanasan global yang mengancam semua orang.
Mohamad, yang mengetuai parti Islamis itu berkata kegagalan dalam memberi keutamaan ketika menghadapi persoalan masyarakat, adalah salah satu sebab utama mengapa umat Islam di negara ini berada dalam keadaan mundur dan tenggelam dari arus perdana pembangunan global.
Kritikan Mohamad mengenai bagaimana isu itu dimainkan ketika saingan Amanah di Barisan Nasional dan PAS terus melancarkan kontroversi bagi mendapatkan mata politik dari kalangan Melayu konservatif.
Pada 3 Disember lalu, Ahli Parlimen Umno Tajuddin Abdul Rahman digantung sidang parlimen selepas ucapan beliau mengenai abu pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng yang diseludup ke Malaysia dua bulan lepas.
Kemarahan turut tercetus terutama daripada kalangan veteran tentera dan polis, apabila abu mayat Chin Peng dibawa oleh rakan-rakannya ke dalam negara bagi memenuhi permintaan terakhir pemimpin gerila itu.
Hari ini, presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan Tajuddin, berkata beliau “bersimpati” dengan tindakan yang diambil terhadap Tajuddin.
“Di Eropah, di England, anak muda sedang protes di jalan-jalan untuk menarik perhatian orang ramai kepada perubahan iklim, tentang pemanasan global, dan kenaikan paras laut yang mengancam masa depan, “kata Mohamad ucapan pembukaannya di konvensyen tahunan Amanah.
“Tetapi di Malaysia, umat Islam berbalah mengenai abu Chin Peng,” kata Mohamad, yang juga Menteri Pertahanan.
Mohamad menjadi pengkritik tegar polemik perkauman yang digunakan oleh parti pembangkang Umno dan PAS untuk menarik undi Melayu bagi
melarikan perhatian orang ramai daripada skandal rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku dalam pentadbiran Barisan Nasional.
Beliau juga mengkritik sarjana dan ulama yang berdiam diri ketika bilion ringgit dicuri dari 1Malaysia Development Berhad (1MBD) semasa era Barisan Nasional.
“Ramai ulama di Malaysia tidak peduli dengan rasuah bersekongkol dengan ‘bossku’,” kata Mohamad.
Bossku adalah nama gelaran bekas perdana menteri Najib Razak, yang kini sedang dibicarakan berikutan tuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa dalam skandal 1MBD.
“Bahkan binatang-binatang di padang ternakan ketawa pada kita. Ini semua dialami umat Islam di seluruh dunia dan itu sebabnya kita selalu ketinggalan di belakang.”
Tinggalkan komen anda