Dana amanah Kolej Utar sedia terima peruntukan kerajaan


shadow

DANA amanah untuk Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (Kolej Utar) telah diluluskan, kata persatuan alumni yang akan menguruskan dana berkenaan hari ini.

Presiden Tunku Abdul Rahman Alumni Association (TAA), Yap Kuak Fong berkata, dana amanah telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Dana berkenaan, yang dipanggil Dana Amanah Pendidikan TAA (TAA-ETF) adalah untuk memegang dan menguruskan dana kerajaan bagi pihak Kolej Utar dan pelajarnya.

“Dengan kelulusan ini, TAA akan memohon secara rasmi dengan Kementerian kewangan untuk menyalurkan Geran Kerajaan Persekutuan untuk Kolej Utar dan pelajarnya kepada TAA-ETF,” kata Yap dalam satu kenyataan hari ini.

“Pengoperasian dana amanah itu akan memfokuskan kepada kepentingan awam, menegakkan profesionalisme dan (berbuat demikian) secara apolitik.”

Dana amanah itu sebelum ini diumumkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng selepas beliau menyatakan Putrajaya tidak akan memberikan dana kerajaan kepada Kolej Utar yang dikawal MCA, melainkan parti komponen Barisan Nasional itu melepaskan kawalannya terhadap institusi berkenaan.

Lim berkata, RM30 juta untuk 2019, dan jumlah yang sama bagi tahun berikutnya, sedia untuk diagihkan namun hanya kepada dana amanah yang akan ditubuhkan dan diuruskan oleh TAA. Beliau kemudian menaikkan jumlahnya kepada RM40 juta. 
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/203418

Lim tidak berganjak daripada kepitusannya untuk tidak menyalurkan dana awam secara terus kepada Kolej Utar atas dasar parti politik tidak boleh terlibat dalam pendidikan.

Isu itu membangkitkan kemarahan masyarakat Cina, kerana Kolej Utar menyediakan biasiswa dan pendidikan kepada kebanyakan pelajar dari keluarga berpendapatan rendah. Cara kerajaan mengendalikan dana untuk Kolej Utar merupakan antara yang disebut oleh pengundi Cina pada pilihan raya kecil Tanjung Piai sebagai salah satu sebab kekalahan Pakatan Harapan.

Tinggalkan komen anda