Cuaca di Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah bertambah baik


shadow

KEADAAN cuaca di Kelantan, Terengganu, serta beberapa kawasan di Pahang dan Sabah dijangka bertambah baik, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Berikutan itu notis amaran cuaca buruk yang dikeluarkan pada 3.35 petang semalam ditamatkan, menurut jabatan itu dalam kenyataan hari ini.

Kawasan yang terlibat di Pahang ialah Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin manakala kawasan di Sabah ialah Ranau, Kota Belud, Sandakan dan Kudat.

Tinggalkan komen anda