Bekas pengerusi Nissan larikan diri dari Jepun ke Beirut


shadow

BEKAS pengerusi Nissan Carlos Ghosn yang sedang menunggu dibicarakan di Jepun atas tuduhan salah laku kewangan, melarikan diri ke Beirut.

Ahli perniagaan berusia 65 tahun yang memegang pasport Perancis, Brazil dan Lubnan itu, tiba di Beirut semalam, kata sumber keselamatan di Lubnan.

Jutawan itu sedang dalam persiapan menghadapi perbicaraan di Tokyo – dijangka berlangsung pada musim bunga ini – berhubung beberapa pertuduhan salah guna kewangan di mana beliau mengaku tidak bersalah.

Ghosn diikat jamin di Jepun dengan syarat ketat, termasuk dilarang meninggalkan Jepun dan berkomunikasi dengan isterinya, walaupun pasangan itu dibenarkan berbual sebentar menerusi panggilan video.

Beliau dan peguamnya berulang kali menyuarakan kebimbangan tentang perbicaraan tidak adil di Jepun dan membuat permohonan supaya pertuduhan digugurkan, memetik pejabat peguam negara tersilap langkah.

“Carlos Ghosn bukan lari daripada tanggungjawabnya, tetapi melarikan diri daripada sistem ketidakadilan Jepun,” kata sumber.

Media Lubnan melaporkan Ghosn menaiki pesawat peribadi dari Turki ke Lubnan, di mana ibu bapanya dilahirkan dan di mana beliau dibesarkan, selepas tiba di situ ketika masih kecil.

Kebanyakan rakyat Lubnan melihat Ghosn sebagai simbol diaspora negara mereka, dan contoh penting genius keusahawanan Lubnan, jadi mereka terkejut dengan tangkapan itu.

Tinggalkan komen anda