Rakyat bukan sekadar mahu kerajaan ‘bersih’, kata Guan Eng


shadow

KEPUTUSAN pilihan raya kecil Parlimen Tanjung Piai menunjukkan rakyat mahukan lebih daripada sebuah kerajaan yang “bersih”, kata Lim Guan Eng.

Menteri kewangan berkata, rakyat Malaysia mahu Pakatan Harapan menunaikan janji pilihan raya dan pakatan perlu pastikan ia ditunaikan.

“Tahniah kepada Barisan Nasional dan Najib atas kemenangan PRK. Saya rasa itu adalah isyarat yang kita hormati. Di bawah PH kita sudah berjaya keluar dari kleptokrasi ke demokrasi.

“Tetapi, itu tidak cukup. Sekarang kerajaan bersih tidak cukup. Sudah sampai masa untuk tunaikan janji yang kita buat. Penting untuk beri tumpuan tunaikan janji-janji dalam manifesto,” katanya pada sidang media pada Majlis Menandatangani  MOU SME Bank dan ECRL, hari ini.

Sabtu lalu, calon BN Wee Jeck Seng memenangi pilihan raya kecil Tanjung Piai dengan majoriti besar 15,086 undi.

Calon MCA itu mendapat 25,466 undi manakala pencabar terdekatnya, Karmaini Sardini dari PH menerima 10,380 undi.

Sementara itu, calon Gerakan Wendy Subramaniam mendapat 1,707 undi, calon Berjasa Badhrulhisham Abdul Aziz (850) dan calon Bebas Ang Chuan Lock (380) dan Faridah Aryani Abd Ghaffar (32).

Pilihan raya berkenaan diadakan susulan kematian penyandang kerusi berkenaan Md Farid Md Rafik, 42, pada September lalu akibat komplikasi jantung. Beliau memenangi kerusi itu untuk PH pada pilihan raya umum tahun lalu.

Susulan kekalahan di Tanjung Piai, pemimpin PH berkata mereka telah menyedari sentimen rakyat dan pakatan pemerintah itu perlu memfokuskan kepada menunaikan janji pilihan rayanya.

Lim turut menolak dakwaan mengenai keengganan beliau memberikan dana tahunan kepada Kolej Tunku Abdul Rahman (Kolej Utar) menjadi punca PH hilang sokongan pengundi Cina di Tanjung Piai.

Kolej Utar hanya menerima RM1 juta di bawah Belanjawan 2020.

Menteri berkenaan turut mengulangi kenyataan bahawa Putrajaya akan mengembalikan dana RM30 juta setahun untuk 2019 dan 2020 serkianya MCA melepaskan kawalannya ke atas Kolej Utar.

“Saya pasti itu bukan alasan di sebalik kekalahan ini.

“PH perlu mewakili semua rakyat Malaysia. Saya harus beri beri penekanan ini. PH adalah kerajaan untuk semua.

Tinggalkan komen anda