Macam mana lah boleh tersepit


shadow

BAYI lelaki berusia 17 bulan dikejarkan ke Hospital Jitra selepas kakinya tersepit pada alat senaman di rumahnya di Jitra, hari ini.

Bagaimanapun, pihak hospital terpaksa meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berikutan gagal mengeluarkan kaki kanan bayi itu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM Kedah Penguasa Kanan Bomba Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya dihubungi untuk bantuan khas itu pada 1.56 petang.

Katanya, sebelum itu, keluarga mangsa mencuba mengeluarkan kaki bayi berkenaan lebih 20 minit tetapi tidak berjaya.

“Sepasukan anggota dikerah ke Wad Kecemasan Hospital Jitra untuk bantuan dan menggunakan peralatan khas bagi memotong besi alat berkenaan.

“Kaki kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan tanpa sebarang sebarang kecederaan tidak lama selepas itu,” katanya.

-myMetro

Tinggalkan komen anda