SEMALAM bukanlah kali pertama Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad terkejut dengan keputusan mahkamah, kata Najib Razak.
Menerusi catatan di akaun Facebooknya hari ini, Najib berkata Dr Mahathir juga terkejut ketika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menerusi kenyataan terkejut apabila kes rasuah Menteri Kewangan Lim Guan Eng ditarik balik tahun lepas.
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membebaskan Lim dari tuduhan rasuah berkaitan pembelian sebuah banglo di bawah harga pasaran.
Dr Mahathir kemudian berkata SPRM berhak menyuarakan rasa terkejut dengan keputusan mahkamah itu.
“SPRM ada hak untuk terkejut, Saya pun terkejut juga,” kata perdana menteri tahun lalu.
Najib mengulas kenyataan Dr Mahathir yang terkejut apabila bekas perdana menteri itu “terkejut” dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengarahkannya membela diri bagi tujuh pertuduhan berhubung kes SRC International.
Ini kerana Najib dan pasukan peguam belanya menyangka beliau akan dilepaskan daripada semua pertuduhan.
“Saya terkejut kerana beliau terkejut,” kata Dr Mahathir semalam.
Tinggalkan komen anda