“Budak 5 tahun pun boleh tahu..” – Syed Saddiq tidak terima alasan tersilap bendera


shadow

KUALA LUMPUR: Alasan ‘tersilap bendera’ seperti yang dikemukakan oleh pihak Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) dalam laman webnya pada siang tadi, langsung tidak boleh diterima oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.

Beliau menegaskan bahawa budak kecil yang berumur lima tahun pun boleh mengetahui yang mana satu bendera Malaysia.

Berdasarkan ciapan yang dibuat oleh Saddiq menerusi laman Twitter, beliau turut mengarahkan pejabat Pesuruhjaya Sukan untuk mengambil tindakan segera berikutan kesalahan pihak tersebut yang memaparkan bendera yang silap sewaktu acara pembukaan Kejohanan Bola Keranjang Milo Lum Mun Chak ke-28, malam tadi.


Syed Saddiq@SyedSaddiq

Saya tidak terima alasan “tersilap bendera”

Budak kecil berumur 5 tahun pun boleh tahu mana satu bendera MALAYSIA.

Saya sudah arahkan pejabat PJS siasat & ambil tindakan dengan segera.

Kita marah jika orang asing perlekehkan bendera Malaysia. Kita bagaimana?

View image on Twitter

13.9K1:54 PM – Nov 26, 2019Twitter Ads info and privacy15.7K people are talking about this

Dalam pada itu, beliau berkata, KBS akan melakukan siasatan terperinci berhubung perkara itu sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap pihak berkaitan.

“Kita marah jika orang asing perlekehkan bendera Malaysia. Kita bagaimana?” luah Syed Saddiq lagi.

BACA: ‘Tolong maafkan kami’ – MABA mohon maaf insiden bendera Malaysia lima bintang

BACA: MABA tamat perkhidmatan kontraktor produksi siaran langsung

Terdahulu, MABA menzahirkan permohonan maaf selepas imej yang memaparkan bendera Malaysia mempunyai lima bintang dalam paparan visual di sebuah stadium pada Isnin.

MABA berkata kesilapan itu amat dikesali dan akan mengambil sepenuhnya tanggungjawab.

BACA: Memalukan! KBS akan lakukan siasatan terperinci – Syed Saddiq

BACA: Insiden bendera Malaysia bintang pecah lima: Polis buka kertas siasatan

  • astro Awani

Tinggalkan komen anda