Angka korban wabak campak di Samoa kini 32 orang


shadow

ANGKA kematian akibat wabak campak di Samoa meningkat kepada 32 orang hari ini, menurut data kerajaan.

Data menunjukkan seramai 28 kanak-kanak yang meninggal dunia adalah berumur empat tahun ke bawah. Jumlah kes campak di negara kepulauan pasifik itu kini mencecah 2,437 kes.

Samoa kini diisytiharkan darurat dan program pemvaksinan sedang giat dijalankan. Kadar pengambilan vaksin yang rendah di negara itu menyebabkan penularan wabak campak semakin buruk.

Walaupun kerajaan sudah melancarkan program vaksin wajib, bilangan kes meningkat sejak lima minggu lalu dan angka korban kini naik tiga kali ganda.

Seramai 57,000 orang di negara yang mempunyai 200,000 penduduk itu telah divaksin.

Kanak-kanak yang paling terjejas akibat wabak campak di mana kebiasaannya tubuh pesakit dinaiki ruam serta dijangkiti demam yang menyebabkan kecederaan otak dan kematian.

Semua sekolah dan tadika ditutup, manakala kanak-kanak dilarang menyertai sebarang perhimpunan awam untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Tinggalkan komen anda