Amaran cuaca peringkat waspada di Kelantan, Terengganu


shadow

JABATAN Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan notis amaran cuaca peringkat waspada di Kelantan dan Terengganu yang dijangka berterusan sehingga esok.

MET Malaysia dalam kenyataan hari ini mengeluarkan amaran waspada iaitu hujan lebat yang dijangka berlaku di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Marang dan Pasir Puteh bagi negeri di Kelantan.

Sementara di Terengganu, kawasan dijangka terjejas ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

Tinggalkan komen anda