Ajal dihempap pokok sawit


shadow

SEORANG pekerja nurseri lelaki maut dihempap pokok sawit ketika berteduh di bawah pokok itu dalam kejadian di sebuah nurseri di Jalan Yong Peng-Air Hitam di Air Hitam, kira-kira 5 petang hari ini.

Difahamkan, pokok sawit itu sudah terlalu tua dan tidak subur menyebabkan ia tumbang.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Khairul Nizam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.15 petang sebelum sepasukan lapan anggota dan satu jentera dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, sebaik tiba pihaknya dapati seorang pekerja nurseri itu dihempap pokok sawit setinggi kira-kira 12 meter.

Katanya, mangsa dikenali sebagai S Miniam, 65, tersepit dan pihaknya mengambil masa 5 minit dengan menggunakan jengkaut yang diuruskan majikan mangsa untuk menyelamatkannya.

“Bagaimanapun, pasukan perubatan yang tiba mengesahkan mangsa yang juga warga tempatan sudah meninggal dunia.

“Ketika kejadian cuaca baik dan tiada ribut, mangsa menolak kereta sorong dan berteduh di bawah pokok itu seorang diri, manakala rakan sekerja di kawasan lain ketika kejadian itu berlaku.

“Operasi ditamatkan pada 5.57 petang dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

-myMetro

Tinggalkan komen anda