BANDUNG: Tujuh terbunuh apabila dua bas bertembung di jalan raya bertol yang sibuk di Indonesia hari ini, kata pihak berkuasa.
Kemalangan turut menyebabkan 16 cedera, sebahagiannya parah.
Pihak berkuasa memberitahu, kemalangan berlaku sejurus selepas tengah malam di laluan di Jawa Barat yang menghubungkan dengan Jakarta.
Jurucakap polis Jawa Barat, Trunoyudo Wisnu Andiko berkata, kejadian berlaku apabila sebuah bas hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lagi bas.
“Kemalangan itu menyebabkan tujuh penumpang termasuk pemandunya maut dan lebih 12 lagi cedera.
“Pemandu bas yang hilang kawalan itu mengalami kecederaan, tetapi tiada seorang pun penumpangnya cedera,” katanya.
Punca kemalangan belum diketahui.
-myMetro
Tinggalkan komen anda