4 maut dalam insiden tembakan di California


shadow

EMPAT orang disahkan terbunuh manakala enam lagi dilaporkan cedera selepas ditembak ketika menonton perlawanan bola sepak di lama belakang sebuah rumah di California pada Ahad. 

Polis menerima panggilan kecemasan selepas sekurang-kurangnya seorang individu bertindak melepaskan tembakan rambang ke arah sekumpulan 35orang yang berkumpul di luar sebuah rumah di Fresno, kira-kira 320 kilimeter dari utara Los Angeles. 

“Tiga orang mati di tempat kejadian,” kata Timbalan Ketua Polis Fresno, Michael Reed kepada pemberita, dan berkata mangsa keempat dikejrkan ke hospital dalam keadaan kritikal dan meninggal dunia di sana.

Kesemua mereka yang maut dan enam lagi mangsa yang cedera ringan merupakan lelaki berusia antara 25 dan 35 tahun, kata Reed.

“Kami bersimpati kepada keluarga mangsa, ini merupakan keganasan yang kejam,” tambahnya. 

“Kami akan cuba sedaya upaya untuk membawa pelaku ke muka pengadilan.”

Reed berkata, setakat ini tidak dapat dipastikan berapa ramai pelaku yang terlibat dalam tembakan ini dan tiada petunjuk yang menjurus kepada penglibatan kumpulan gengster.

Jurucakap polis, Bill Dooley berkata, pihak polis kini mencari kamera pengawasan dan saksi untuk mengesan suspek.

Choua Vang yang tinggal berhampiran berkata, serangan itu merupakan insiden tembakan kedua yang berlaku sejak beberapa minggu lalu. 

“Ia menyebabkan saya rasa tidak selamat untuk keluar terutamanya pada waktu malam,” katanya kepada pemberita.

Tinggalkan komen anda