15 maut kereta api bertembung di Bangladesh


shadow

SEKURANG-KURANGNYA 15 orang terbunuh dan 58 yang lain cedera apabila dua kereta api bertembung di timur Bangladesh awal pagi tadi.

Tiga gerabak tersasar dari landasan di stesen Mondolbhag apabila kereta api dari bandar Dhaka dan Chittagong bertembung sesame sendiri.

Ketua polis tempatan Anisur Rahman berkata, mereka yang cedera telah dihantar ke hospital berbeza di daerah berkenaan.

Beliau berkata perkhidmatan kereta api dari Dhaka telah dihentikan akibat kemalangan itu.

“Keadaan sekitar kemalangan itu sedang disiasat.

“Kami masih menjalankan operasi menyelamat,” katanya sambil menambah isyarat yang salah mungkin punca kemalangan berkenaan.

Kemalangan kereta api adalah perkara biasa di Bangladesh dan sering disebabkan oleh isyarat yang lemah atau masalah infrastruktur yang lain.  

Tinggalkan komen anda