Rooney dan Vardy bertarung di padang, sang isteri berperang di Instagram


shadow

AGAK lama Coleen – isteri bekas pemain bolasepak England Wayne Rooney dihantui soalan, siapa di antara rakan baiknya yang menjadi pengikut setia di laman Instagram sanggup mendedah hal peribadi untuk siaran akhbar tabloid di England.

Antara ramai rakan baiknya – Rebekah Vardy; isteri rakan Wayne yang pada satu masa dahulu pernah bermain mewakili England menimbulkan syak kepada Coleen.

Satu hari, terlintas di kepala Coleen untuk memasang perangkap – apa kata halang kesemua rakan Instagram dari mengikutinya kecuali suspek utama, iaitu Rebekah?

Untuk lima bulan seterusnya, Coleen memaparkan pelbagai kisah hidupnya yang agak bersifat peribadi tetapi berupa rekaan semata-mata.

Antara perangkap yang dipasang termasuk kononnya dia ke Mexico untuk memilih jantina bayi yang bakal dikandungnya dan peristiwa rumahnya dilanda banjir.

Sebagaimana yang dijangka, kesemua cerita rekaan ini sampai ke pengetahuan akhbar The Sun tanpa restu Coleen.

Ekoran pendedahan itu, Rebekah Vardy hanya mampu mempersoalkan tindakan Coleen yang dikira mengaibkan seorang kawan.

Rebekah juga memberi alasan kemungkinan kata laluan akaun Instagramnya terdedah secara tidak sengaja dan mungkin ini punca pendedahan berita-berita mengenai Coleen.

Beliau juga hanya mampu memberi reaksi bahawa sebagai seorang kawan, Coleen sepatutnya berdepan dengannya dan menyelesaikannya degan cara baik.

  • astro Awani

Tinggalkan komen anda