Pakar bidan Dr Hamid Arshat kecewa pejabatnya diserbu tanpa sebab yang jelas


shadow

HAMPIR 50 tahun mencurahkan khidmat sebagai doktor atau pakar perbidanan, tiada apa yang mengecewakan Dr Hamid Arshat apabila pejabatnya diserbu oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu.

Serbuan yang dibuat tanpa sebarang notis dan tujuan yang jelas, tegas Dr Hamid, memperlihatkan beliau seolah-olah seorang penjenayah.

Rasa terkilan dengan layanan dan tindakan kasar kakitangan-kakitangan yang mudah seakan ‘gila kuasa’ itu dikongsi pakar sakit puan tersohor itu di laman Facebook beliau.

“Ketika sebuan pejabat, saya berada di klinik di Taman Desa Medical Centre melayan berpuluh2 pesakit. Apa salahnya kalau pihak berkuasa hubungi saya dulu dan nyatakan apa kesalahan yang saya buat sebelum menyerbu dan selongkar pejabat saya di Plaza75m Bukit Damansara,” soal Dr Hamid lagi.

Kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia mengadakan serbuan di pejabat Dr Hamid Asrhat tanpa notis. - Gambar Facebook Dr Hamid Arshat

Kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia mengadakan serbuan di pejabat Dr Hamid Asrhat tanpa notis. – Gambar Facebook Dr Hamid Arshat

Lantaran terlalu kecewa juga, Dr Hamid berkata, selama lima dekad sebagai doktor, beliau mencurahkan khidmat secara sepenuh hati tanpa mengira masa dan pulangan.

“Pada hal saya telah berkhidmat sebagai doktor hampir 50 tahun dan sebagai pakar bidan selama 43 tahun. Pada tahun 70-an dan 80-an saya dan rakan2 doktor telah bersama2 berkhidmat secara bertungkus lumus untuk memberi rawatan dan jagaan kepada pesakit2 tanpa mengira masa dan gaji.

“Pernah kerja selama 72 jam berturut2. Dengan gaji RM 600 sebulan. Saya rasa amat terkilan dengan layanan dan tindakan kasar kakitangan2 muda yang semacam gila kuasa,” ujar Dr Hamid lagi.

Kesedihan dan kekecewaan pakar perubatan tersohor ini tambah berganda apabila sekumpulan kakitangan KKM meninggalkan pejabatnya dalam keadaan kucar-cari selain tidak mendapati sebarang bukti kesalahan beliau.

“Sungguh menyedihkan dengan tindakan kasar ke atas pejabat dan staff saya. Kakitangan yang bertindak belum lahir ke dunia lagi, saya telah berkhidmat dengan KKM,” luah Dr Hamid pada entri yang dikongsi oleh lebih 3,700 pengunjung Facebook selain mendapat lebih 4,000 komen.

  • astro Awani

Tinggalkan komen anda