Neelofa menang Anugerah Influencer di IAM2019 Monaco


shadow

TAHNIAH!

Pelakon, hos dan usahawan popular, Neelofa berjaya menggondol Anugerah Influencer 2019 (IAM 2019) dalam kategori Usahawan di Monaco, pada lewat petang Ahad.

Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor dipilih untuk menerima anugerah itu kerana pencapaiannya sepanjang tahun 2018.

Beliau memaklumkan perkara itu menerusi muat naik foto perkongsian di Instagram berserta trofi yang dimenanginya pada IAM2019.

“RECOGNITION. Thank you again for the nomination and this award, @influencerawardsmonaco.

“This goes to all of you who have been supporting and inspiring this girl since day one. Definitely one of the most significant highlights of 2019. #InfluencerAwardsMonaco #IAM2019,” tulis Neelofa di akaun Instagramnya.

IAM 2019 yang memasuki tahun kedua penganjurannya itu diasaskan oleh Pauline Ducruet, anak sulung Puteri Stéphanie dari Monaco dan individu lain termasuk Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters.

Anugerah yang mendapat jolokan ‘Anugerah Oscar bagi dunia digital’ itu diadakan di La Salle des Etoiles di Monaco.

Lebih 100 influencer media sosial seluruh dunia dijemput, bukan sahaja kalangan influencer fesyen, malah mereka yang dikenali ramai dalam bidang keusahawanan, penjenamaan dan selebriti.

Antara nama yang pernah memenangi anugerah berkenaan di penganjuran pertama adalah penulis blog Perancis, Caroline Receveur dan jurusolek Kim Kardashian, Mario Dedivanovic.

  • astro Awani


Tinggalkan komen anda