Selepas pengumuman 2% dividen oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT); yang dikatakan paling rendah dalam sejarah, begitu ramai pemimpin dan penyokong UMNO/Pas tunjuk pandai di media sosial menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan berkenaan perkara ini.
Tidak kurang juga bekas Perdana Menteri yang turut tunjuk pandai berani mengulas mengenai isu ini sedangkan dia dan regimnyalah punca bagi segala permasalahan dalam LTAT.
Seeloknya rajinlah membaca dan fahami rumusan laporan juru audit Ernst & Young mengenai pembohongan kewangan di LTAT pada era Regim Najib yang menjadi akar permasalahan yang kini dihadapi oleh LTAT di pautan ini – (https://www.theedgemarkets.com/…/investigative-audit-reveal…).
Terdapat 7 penemuan utama yang berlaku akibat penyelewengan dan kelemahan kewangan:
1 – Pendapatan Terkumpul (Retained Earnings) Telah Terjejas Berikutan Bayaran Berlebihan Dividen
“Pulangan aset lima tahun LTAT dari TK2014 hingga TK2018 (selepas diasingkan keuntungan sekali atau one-off gains) adalah lebih rendah daripada kadar dividen yang diisytiharkan. Ini telah menyebabkan dividen LTAT membayar pada kadar yang lebih tinggi daripada yang mampu. Untuk menguruskan keadaan ini, LTAT akan membangunkan dasar dividen yang munasabah, yang termasuk menentukan kadar pulangan minimum pelaburannya. LTAT kemudiannya akan mewujudkan rangka kerja peruntukan aset strategik untuk memenuhi kadar dividen yang dijangka minimum.”
2 – Pembohongan Nilai Aset LTAT Antara Tahun 2015 dan 2017
“Ini disebabkan kegagalan untuk menunjukkan nilai aset sebenar (impairment) salah satu pelaburannya yang besar apabila nilai sebenar (recoverability) dana itu terjejas selepas penjual yang menjamin pembelian semula saham itu diisytiharkan muflis di Malaysia pada tahun 2015. Kegagalan untuk menunjukkan penurunan pelaburan itu telah menyebabkan aset LTAT dinyatakan pada nilai yang lebih tinggi dari nilai sebenar antara 2015 dan 2017. Hasilnya, penurunan nilai sebanyak RM55 juta perlu dibuat dalam keputusan kewangan TK2018.”
3 – Semakan Kewangan (Due Diligence) Tidak Dilaksanakan Dengan Betul
“Proses semakan kewangan (due diligence) dan semakan teknikal tidak dilakukan oleh LTAT sebelum melabur dalam syarikat di atas. Ia bukan berdasarkan dasar dan prosedur pelaburan yang baik.”
4 – Aset Harta Tidak Terjual
“Ditemukan juga beberapa masalah dengan aset hartanah tidak terjual bernilai RM45 juta. Ia berkaitan dengan 88 unit kondominium yang tidak terjual pada Disember 2018, walaupun telah siap pada TK2015. LTAT sedang berusaha untuk mempercepat penjualan unit-unit yang belum dijual. Melangkah ke hadapan, LTAT dengan berhati-hati mempertimbangkan potensi pulangan dan kepakarannya sendiri dalam pembangunan hartanah.”
5 – Risiko Isu Pendedahan Kewangan Yang Berlebihan Di Dalam Beberapa Syarikat Tertentu dan Kecairan Sejak 2014
“LTAT banyak menjual saham-saham yang baik untuk mendapat keuntungan segera. Juga ada peningkatan ketara dalam pemegangan saham LTAT Boustead Holdings Bhd dan anak syarikatnya yang disenaraikan (di dalam Kumpulan BHB). Ini menyebabkan terlalu banyak tumpuan dana LTAT dalam segelintir syarikat di bawah Kumpulan BHB. Pendedahan kewangan LTAT kepada BHB Group meningkat hampir 50% daripada RM2.1 bilion kepada RM3.1 bilion manakala bilangan saham berkaitan meningkat sebanyak 83% daripada 833 juta saham dalam TK2014 kepada 1.525 bilion saham dalam TK2018. Untuk tujuan ini, LTAT akan melaksanakan inisiatif peruntukan aset strategik seperti yang dinyatakan di atas.”
6 – Dividen Tertunggak Daripada Anak-anak Syarikat Yang Sebenarnya Tidak Dibayar
“Dividen yang tinggi yang diisytiharkan untuk TK2017 oleh beberapa syarikat subsidiari tidak dibayar sepenuhnya dan masih tertunggak sehingga tarikh ini. Dalam menangani ini, LTAT menilai semula keupayaan anak-anak syarikatnya untuk membayar dividen, dengan mengambil kira prestasi dan kedudukan tunai masing-masing.”
7 – Kurang Kawalan Dalam Unit Amanah
“Amalan membeli unit amanah agar ahli menerima bonus istimewa didapati merugikan kerana LTAT kurang kemampuan untuk mengawal dan menguruskan dana secara aktif. LTAT mahupun ahli-ahli tidak dapat menguruskan pegangan unit amanah sehingga persaraan. Melangkah ke hadapan, LTAT mungkin mempertimbangkan saluran pelaburan lain yang akan membolehkan lembaga LTAT memenuhi objektif utamanya dengan lebih baik.”
Regim Najib Sembunyikan Hakikat, Main Wayang :
– Mengumumkan dividen untuk ‘nampak hebat’ dan menyedapkan hati rakyat sedangkan syarikat-syarikat LTAT rugi!
– Menutup kedudukan kewangan sebenar LTAT; anak-anak syarikat dipaksa mengumumkan dividen sedangkan anak-anak syarikat tiada wang untuk membayar dividen. Akhirnya dividen atas kertas tetapi wang tiada!
– Saham-saham dalam syarikat yang untung dijual untuk mendapatkan keuntungan sementara bagi menutup lubang rugi keseluruhan!
– LTAT rugi besar apabila membeli syarikat pada harga yang tinggi dan dijamin boleh dijual kembali kepada tuan punya sekiranya nilai jatuh. Akhirnya nilai jatuh dan tidak boleh dijual kepada tuan punya kerana tuan punya jatuh muflis. LTAT tutup pula kerugian ini dengan tidak menunjukkan nilai sebenar walaupun syarikat itu sudah tiada nilai!
– Unit kondominium yang belum dijual sepenuhnya diumumkan telah dijual untuk menunjukkan ada jualan dan ada untung, sedangkan wangnya tiada kerana belum dijual sepenuhnya!
Bukan hanya sekadar laporan kewangan dimanipulasikan, malah pada tahun 2016; pencen dan gratuiti pesara tentera lambat dibayar kerana masalah aliran wang tunai LTAT.
Regim Najib bijak menyembunyikan hakikat sebenar. Regim Najib bijak mengambil hati golongan yang sukakan wang percuma. Golongan inilah yang malas ambil tahu perkara sebenar, hanya tahu memberi komen dan respon negatif kerana kerajaan kleptokrat pujaan hati mereka telah tumbang dan hilang kuasa.
Hari ini rakyat yang bijak tidak marah pada kerajaan Pakatan Harapan, kerana mereka tahu kerajaan hari ini sedang menutup dan mengemaskan ‘bangkai gajah’ peninggalan Rejim Najib.
Tinggalkan komen anda