Vanessa pamer ‘lurah’ sebelum pergi umrah


shadow

Citra pelakon sinetron dan model Indonesia yang baru bebas dari penjara, Vanessa Angel, sempena sambutan hari kemerdekaan ke-74 republik itu mengundang perhatian umum semalam.

Imej berkenaan juga dilihat bertentangan dengan hasrat diutarakan Vanessa sebelum ini, iaitu dia ingin mengerjakan umrah pada September depan.

“Rancangannya September mahu mengerjakan umrah, saya diajak teman-teman kerana belum pernah ke sana,” katanya.

Vanessa dilaporkan membuat kenyataan berkenaan pada 12 Ogos lalu.

Menjelang perjalanan ke Tanah Suci itu itu, Vanessa memuat naik dua imej dia memakai baju berwana putih dengan skirt atas paras lutut berwana merah.

“Sekeliling kompleks mencari diskaun untuk 17 Ogos,” katanya di Instagram.

Dia turut mengiringi status berkenaan dengan tanda pagar #dirgahayuindonesia dan #17August.

Namun, salah satu daripada imej dikongsikan Vanessa itu mengundang kecaman warganet ekoran dikatakan terlalu seksi kerana mempamerkan aset dimilikinya.

Dia juga dikritik tidak wajar berpakaian demikian kerana baru saja dibebaskan daripada penjara ekoran disabitkan kesalahan berkaitan bahan lucah.

Dia juga dikaitkan dengan sindiket pelacuran kelas atasan.

Selebriti itu mendekam selama lima bulan dan dibebaskan awal Julai lalu.

  • malaysiakini

Tinggalkan komen anda