Utusan sumbang kemerdekaan, MP Jelutong sumbang apa?


shadow

Tindakan biadab dan kurang ajar ahli parlimen Jelutong bahawa ‘kematian’ Utusan Malaysia satu kejayaan di bawah Pakatan Harapan (PH) merupakan satu penghinaan kepada akhbar yang banyak berjaya kepada negara ini semenjak negara belum merdeka lagi.

Adakah beliau lupa bahawa sejak 1939 sumbangan Utusan Malaysiamelalui wartawan Utusan Melayu pada ketika itu telah membuat seruan kebangsaan melalui pena mereka sehingga orang Melayu bersatu membentuk Umno dan berjuang mendapatkan kemerdekaan pada 1957.

Maka kerana hasil perjuangan itulah, individu seperti ahli parlimen Jelutong mampu menjadi rakyat Malaysia dan hidup aman dan harmoni sehingga mendapat keistimewaan menjadi wakil rakyat.

Sudah tentu Utusan Malaysia tidak rasis dan mempunyai hak untuk membela serta terus memperjuangkan agenda kepentingan bangsa, selaras dengan hak dan kepentingan yang tersedia termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Akhbar tersebut dari dahulu sehingga kini sangat berani membela dan membawa suara orang Melayu yang sedang menghadapi masa depan yang tidak menentu dan terancam.

Jasa tokoh penulis seperti Dr Ishak Haji Muhamad atau Pak Sako kepada seluruh bangsa dan negara ini meliputi pelbagai bidang seperti politik, sastera, bahasa dan kewartawanan. 

Beliau menulis dengan penuh dengan kiasan dan amaran tentang peminggiran dan kemelaratan orang Melayu di tanah air mereka sendiri semenjak negara dijajah penjajah lagi.

Jika hendak ditimbang tara antara jasa dan sumbangan Utusan dan ahli parlimen Jelutong, pastinya ibarat emas dengan kapas.

Individu seperti ahli parlimen Jelutong langsung tidak menyumbang kepada negara, apatah lagi sumbangan ke arah perpaduan kaum.

Beliau akan sentiasa tidak senang melihat orang Melayu dan rakyat Malaysia terus bersatu padu dan akan terus membakar api perkauman untuk berusaha melihat Utusan terus berkubur.

Dan melihat keadaan Malaysia hari ini, rakyat Malaysia khususnya masih memerlukan peranan Utusan untuk terus membela dan memperjuangkan agenda bangsa.

Semoga kita semua terus menyokong dan menyumbang untuk kelangsungan akhbar yang banyak berjasa kepada tanah air ini.

  • malaysiakini

Tinggalkan komen anda