Utusan bayar sebahagian tunggakan gaji malam ini


shadow

Utusan Melayu (M) Berhad berkata akan membayar pendahuluan gaji maksimum RM2,000 selewat-lewatnya malam ini.

Menerusi memo pekeliling yang dikeluarkan hari ini, Pengurus Besar Sumber Manusia Kumpulan Utusan, Mohd Nazlan Osman berkata jumlah pembayaran itu ditetapkan berdasarkan kemampuan syarikat.

“Bayaran ini akan ditolak daripada jumlah gaji bersih yang tertunggak.

“Semoga dengan bayaran pendahuluan ini, sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban kewangan yang dihadapi,” menurut pekeliling itu yang dilihat Malaysiakini.

Memo pekeliling itu beredar ketika sesi taklimat khas pengerusi eksekutif dengan pekerja syarikat itu masih berlangsung.

Semalam, kira-kira seratus pekerja dan bekas pekerja Utusan Melayu berpiket di ibu pejabat syarikat percetakan itu di Kuala Lumpur ekoran masalah pembayaran gaji oleh syarikat itu.

Sejumlah pekerja juga diberitahu dua akhbar syarikat itu – Utusan Malaysia dan Kosmo – akan berhenti dicetak sehingga ke satu tarikh yang tidak didedahkan.

Bagaimanapun keputusan itu masih belum dimuktamadkan setakat ini.

  • malaysiakini

Tinggalkan komen anda