Ustaz Hamadi bengang ‘mufti filem’ gemar gelabah


shadow

Seandainya telefilem menyoroti kehidupan bekas mak nyah di sekolah tahfiz dianggap membawa menjejaskan Islam, bagi Azhan Rani, ada isu lain yang lebih menjijikkan namun diabaikan pengkritik, iaitu permainan ahli politik.

Bercakap kepada Malaysiakini, Azhan mempertikaikan mengapa isu-isu ‘tengik’ seperti rasuah ataupun tuduhan membabitkan aksi ranjang, hubungan songsang dan seumpama dengannya.

Malah kata pelakon terbabit, isu seumpama itu kadang-kadang disajikan kepada umum tanpa sebarang kekangan atau tapisan.

Berbanding naskhah seperti Demi Tuhan Aku Bersaksi – yang mengetengahkan mesej positif – kisah dipaparkan ahli politik negara melalui tindakan-tindakan mereka yang sepatutnya dihentikan sajiannya buat umum.Iklan

“Konon isu tu (mak nyah mencari jalan pulang di sekolah tahfiz) tabu, tak boleh keluarkan berkaitan sekolah tahfiz.

“Jadi boleh tak jika kita henti keluarkan sebarang kisah kepincangan pasal pemimpin melakukan korupsi, atau perilaku seks seseorang pemimpin?

“Kita pun muak nak tengok,” katanya.

Terdahulu, iklan acah dan sinopsis Demi Tuhan Aku Bersaksi mencetus kemarahan segelintir masyarakat Islam negara ini ekoran didakwa memberi gambaran buruk pada pelajar serta pusat pengajian tahfiz.

Belum tengok tapi kecoh

Naskhah yang belum mendapat tarikh rasmi tayangan – bermakna belum dipertontonkan kepada umum – dan bakal disiarkan melalui stesen RTM itu didakwa mengangkat tema hubungan sejenis di pusat tahfiz semata-mata.

Sebaliknya, RTM dalam satu kenyataan sebelum ini menjelaskan, drama berkenaan mengetengahkan mesej positif dan menceritakan realiti yang dalam masyarakat. 

Demi Tuhan Aku Bersaksi yang dijayakan pelakon Syafie Naswip berkisahkan seorang mak nyah yang cuba bertaubat dan menyertai pusat tahfiz untuk memperbaiki diri.

Menurut pelakon membawa watak penunggang agama, Ustaz Hamadi, dalam drama bersiri Nur itu, selain bertujuan menghiburkan, fungsi drama antara lain membawa mesej berguna sebagai memenuhi tanggungjawab sosial pada masyarakat.

Justeru, kata pemilik nama penuh Azhan Abdul Rani itu, pihak yang belum menonton telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi tidak wajar menuduh yang bukan-bukan tanpa tahu hujung pangkal.

“Tak payahlah melatah beria-ia mengecam. Belum tengok lagi, macam mana boleh bagi pendapat sebegitu? Tak adil, patutnya tonton dulu, kalau banyak pengajaran, bermaksud ia berbaloi.

“Tapi jika banyak keburukan, barulah kecam. Lagipun, produksi tak akan paparkan ikut suka, mesti ada bertujuan untuk mengingatkan perkara baik.


Baca Polis Evo kutip RM17j, Shaheizy: Terima kasih boh


“Kena ingat juga, kita tak semesti tempuh benda baik dalam tempoh 24 jam. Kalau tak boleh nak bagi nasihat, kita tengok cerita fantasi sajlah,” katanya.

Menyifatkan mereka yang gemar mengkritik sebagai “mufti filem” Azhan, 43, berkata, golongan tersebut sebenarnya mungkin hanya cuba meraih perhatian.

“RTM wujudkan panel penilai dan dah beri kelulusan dah pun, tapi mufti-mufti filem yang nak tunjuk pandai bab buat drama atau filem ni nak juga menggelabah, jatuhkan hukum.

“Kalau panel tu pun tak diberi kepercayaan, macam mana? Entah, entah yang komen ni sebenar tak layan pun drama Melayu,” katanya.

  • malaysiakini

Tinggalkan komen anda