Tulisan Jawi telah jadi identiti di Kelantan, kata MP PAS


shadow

Ketika isu tulisan Jawi di sekolah jenis kebangsaan rancak diperdebatkan, Anggota Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff berkata tulisan jawi telah lama menjadi identiti di Kelantan.

Beliau yang menyokong keputusan Kementerian Pendidikan memperkenalkan tulisan khat Jawi dalam subjek bahasa Melayu tahun 4 berkata, kerajaan Kelantan meletakkan syarat tulisan Jawi disertakan bersama tulisan lain di papan iklan.

“Kalau di Kelantan, mana-mana billboard atau iklan disyaratkan ada tulisan Jawi juga sekali dengan tulisan lain.

“Tulisan Jawi telah dijadikan satu identiti oleh kerajaan negeri untuk sebarang billboard dan iklan di negeri itu,” katanya lapor Harakah Daily.Iklan

Kata Siti Zailah, tidak salah jika bahasa Inggeris atau bahasa Cina digunakan sebagai bahasa perantaraan untuk menarik pelancong, namun bahasa Melayu perlu diberikan keutamaan.

“Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan di negara ini yang sepatutnya sebarang poster, billboard, iklan ditulis dengan bahasa Melayu.

“Ia sebagai mempamerkan identiti sesebuah negara yang menjadikan bahasa Malaysia, bahasa utama dalam penggunaan oleh kerajaan Malaysia,” katanya.

Menurut KPM, pelaksanaan pembelajaran tulisan khat Jawi yang bakal tahun depan merupakan sebahagian daripada identiti negara dan warisan bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan dan perpaduan di negara ini.

Langkah itu bagaimanapun mencetuskan bantahan daripada sejumlah ahli politik dan badan pendidikan Cina, antaranya dikatakan menambah beban kerja bagi murid sekolah vernakular. 

  • malaysiakini

Tinggalkan komen anda