Tol percuma di MEX sempena Merdeka


shadow

MAJU Expressway Sdn Bhd, pengendali Lebuhraya Maju Expressway (MEX) menawarkan tol percuma bagi semua kelas pengguna lebuh raya itu sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat dan Komersil MEX, Saiful Bakhri Mohd Annuar berkata, tol percuma itu bermula 12 tengah malam 30 Ogos sehingga 11.59 malam 31 Ogos ini.

“Laluan tol percuma ini bertujuan menyemarakkan lagi sambutan hari bersejarah ini dan boleh dinikmati semua kelas pengguna lebuh raya yang dianggarkan lebih 142,000 pengguna,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, maklumat terkini mengenai tol percuma itu serta laporan trafik, pengguna boleh melayari laman Twitter dan Facebook MEXTraffic atau hubungi hotline 03-83159111.

-myMetro

Tinggalkan komen anda