Terapi hormon boleh meningkatkan risiko kanser payudara


shadow

PARIS: Kajian mendapati terapi hormon untuk melegakan simptom putus haid meningkatkan sedikit risiko kanser payudara.

Penyelidikan lain turut menemui kaitan sama, namun kajian yang diterbitkan The Lancet menunjukkan risiko kanser masih kekal meskipun selepas 10 tahun rawatan dihentikan.

Kajian itu turut mengukur tahap risiko berkaitan dengan pelbagai jenis terapi hormon untuk putus haid dan Terapi Hormon Menopaus (MHT).

Wanita cenderung mendapatkan MHT pada permulaan putus haid apabila fungsi ovari terhenti, menyebabkan tahap estrogen menurun secara mendadak.

Pada masa sama, paras progesteron jatuh ke paras sifar.

Akibatnya, ramai wanita akan mengalami hangat memerah dan ketidakselesaan itu dapati dikurangkan dengan menggantikan hormon.

Tinggalkan komen anda