Sri Lanka tamat darurat


shadow

SRI LANKA: Sri Lanka menamatkan perintah darurat semalam selepas dilaksanakan selama empat bulan susulan insiden serangan bom pada Hari Easter yang mengorbankan 258 orang, kata pihak berkuasa.

Presiden Maithripala Sirisena melanjutkan perintah itu pada setiap 22 hari bulan sejak serangan di tiga hotel dan tiga gereja pada 21 April lalu, lapor AFP.

Bagaimanapun, jurucakap di pejabatnya mengesahkan ia tidak akan dilanjutkan lagi dan berakhir semalam.

Kerajaan mengisytiharkan darurat sebagai langkah meningkatkan keselamatan di seluruh negara dan memburu kumpulan jihad tempatan yang bertanggungjawab melakukan serangan terbabit serta didakwa penyokong Daish.

Polis berkata, semua individu yang mempunyai kaitan langsung serangan pengeboman itu sama ada terbunuh atau ditahan.

-myMetro

Tinggalkan komen anda