Polis tingkat usaha cari remaja Ireland hilang dari resort di Seremban


shadow

Polis sedang giat menggerakkan usaha mengesan seorang remaja perempuan warga Ireland yang dilaporkan hilang dari sebuah resort di Seremban semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Nor Marzukee Besar berkata remaja dikenali sebagai Nora Anne Quoririn, 15, tiba di Resort The Dusun Pantai Hill dua hari lalu kerana mengikuti keluarganya bercuti.

“Misi pencarian dilakukan membabitkan bomba dan anggota polis dari Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan.

“Setakat ini, mangsa belum ditemukan dan gerakan mencari diteruskan dan semua Ketua Polis Daerah dan elemen polis Negeri Sembilan telah dimaklumkan untuk membantu mengesan mangsa,” katanya dalam kenyataan di Nilai, semalam.Iklan

Mohd Nor Marzukee berkata kehilangan remaja itu telah dilaporkan oleh pemilik resort berkenaan pagi tadi selepas dimaklumkan oleh seorang ahli keluarganya mengenai kehilangan remaja tersebut.

“Siasatan awal mendapati keluarga daripada Ireland telah tiba di resort itu semalam (Sabtu) dan menurut keluarga, mangsa disedari tiada di bilik penginapannya pada pukul 8 pagi tadi (Ahad).

“Keluarga mangsa juga memaklumkan bahawa remaja perempuan itu mengalami masalah pembelajaran,” katanya.

Berita kehilangan remaja berkenaan turut disiarkan oleh BBC.

Bernama

Tinggalkan komen anda