PKR tiada masalah dengan ramalan PH akan kalah


shadow

PKR tidak akan mengambil tindakan sama seperti pendirian Bersatu terhadap pemimpinnya yang mengumumkan ramalan Pakatan Harapan (PH) akan kalah jika pilihan raya diadakan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, presiden partinya Anwar Ibrahim berkata pihaknya akan meneliti pandangan yang dikemukakan rakan sekutunya itu.

“Itu pandangan Bersatu. Tapi bagi saya, apa-apa pandangan pun kita kena nilai, tengok apa yang disebut dan teliti cadangan tersebut.

“Tetapi, dalam PKR kita bagi ruang lebih demokratik dalam memberi pandangan. Jadi, tidak ada tindakan untuk pemimpin PKR yang berbuat demikian,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen, di bangunan parlimen, hari ini.

Anwar mengulas kenyataan Mahathir yang mengatakan Bersatu akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang mencemarkan parti itu dengan mengatakan bahawa PH akan dapat kalah dalam pilihan raya.

Meskipun tidak menyebut mana-mana nama secara khusus, ia dipercayai ditujukan kepada Pengerusi Biro Dasar dan Strategi Bersatu, Dr Rais Husin.

  • malaysiakini

Tinggalkan komen anda