Pak Nil pernah diminta bersara, luang masa ke surau


shadow

Pengacara terkenal Aznil Nawawi menceritakan kisah sejumlah netizen yang memintanya bersara daripada dunia hiburan dan meluangkan masa ke surau.

Dia yang lebih mesra disapa Pak Nil berkata netizen itu menyifatkan ia lebih baik berbanding terkinja-kinja di pentas.

“Kalau saya sudah tua maka saya perlu ke surau, adakah begitu masyarakat meletakkan garis panduan bagi mereka yang wajib bertandang ke rumah Allah?.

“Saya tidak akan bersara kerana saya bukan tin susu yang ada tarikh luput. Selagi saya mampu, saya akan terus lakukan apa yang saya suka,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.

Selebriti berusia 56 tahun itu berkata, walaupun biasanya dia hanya mengabaikan komen bersifat negatif tetapi kritikan yang mengaitkan kerjaya dengan amal ibadah membuatnya tersinggung.

“Itu antara komen paling teruk pernah saya terima selama berkecimpung dalam industri.

“Sungguhpun begitu, saya tidak akan tunduk pada kritikan kerana gembira dengan apa yang dilakukan,” katanya.

  • malaysiakini

Tinggalkan komen anda