Kronologi kehilangan Nora Anne Quoirin


shadow

Berikut kronologi kehilangan remaja perempuan warga Ireland Nora Anne Quoirin, 15, di sebuah resort di Seremban, Negeri Sembilan:

  • 3 Ogos 2019 – Nora Anne Quoirin, 15, remaja Ireland tiba di Resort The Dusun Pantai Hill, Seremban, Negeri Sembilan bersama keluarganya untuk bercuti.
  • 4 Ogos 2019 – Remaja perempuan yang mempunyai masalah pembelajaran itu disedari hilang oleh ahli keluarganya apabila tiada di bilik penginapannya pukul 8 pagi.
  • 4 Ogos 2019 – Polis menerima maklumat kehilangan mangsa daripada pemilik resort selepas dimaklumkan oleh seorang ahli keluarga remaja Ireland itu.
  • 4 Ogos 2019 – Polis melakukan misi pencarian membabitkan bomba dan anggota polis dari Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan.
  • 5 Ogos 2019 – Pihak berkuasa termasuk polis dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) mengawal ketat kawasan Resort The Dusun Pantai Hill, lokasi Nora Anne dilapor hilang.
  • 5 Ogos 2019 – Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) Nora Anne.
  • 5 Ogos 2019 – Operasi SAR melalui udara dibuat di kawasan Gunung Berembun serta meliputi pesisiran Sungai Berembun.
  • 5 Ogos 2019 – Platun Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras turut dikerah dalam operasi SAR remaja perempuan itu.
  • 5 Ogos 2019 – Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop menafikan kehilangan Nora Anne sebagai kes penculikan seperti dilaporkan media asing. Kes diklasifikasi sebagai orang hilang.
  • 6 Ogos 2019 – Operasi SAR masuk hari ketiga, diteruskan dengan kekuatan 159 anggota dari pelbagai agensi keselamatan.
  • 6 Ogos 2019 – Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta semua pihak berhenti membuat spekulasi sendiri mengenai kehilangan Nora Anne.

– Bernama

Tinggalkan komen anda