Kerajaan beku wang RM100,000 daripada akaun Hasan Malek


shadow

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini, memerintahkan kerajaan membekukan wang RM100,000 milik bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek yang mempunyai kaitan dengan penyiasatan kes berkaitan 1Malaysia Developement Berhad (1MDB).

Hakim Mohamed Zaini Mazlan memerintahkan perkara itu apabila Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mahadi Abdul Jumaat memaklumkan bahawa responden sudah memasukkan representasi untuk pemulangan wang itu.ADVERTISING

Terdahulu, Mahadi memberitahu mahkamah bahawa pihak pemohon (pendakwaan) memfailkan afidavit pada 23 Ogos 2019 manakala responden memfailkan afidavit balasan pada 6 September lalu.

Katanya, tiada pihak ketiga yang muncul untuk menuntut wang itu.

“Afidavit pemohon tidak dibalas oleh responden (Hasan) dan warta hari ini tiada pihak ketiga yang hadir.

“Kami memohon kesemua wang yang disita dilucut hak kepada kerajaan Malaysia,” katanya.

Peguam Muhammad Iqbal Ismail yang mewakili Hasan mengesahkan perkara itu dan pihak responden tidak membantah wang itu dilucut hak.

Dalam prosiding itu, mahkamah turut menetapkan 4 Disember 2019 dan 5 Disember depan untuk hujahan lisan bagi tiga entiti yang didakwa berkaitan skandal penyelewengan dana 1MDB.

Tiga responden lain itu termasuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Wanita MCA dan Badan Perhubungan UMNO Sabah.

UMNO diwakili peguam Aieshah Nadia Masdar; peguam Low Hai Liang mewakili Wanita MCA dan Badan Perhubungan UMNO Sabah diwakili peguam Harcharanjit Singh.

Jumlah wang dimohon kerajaan untuk dilucut hak dari UMNO adalah RM212,965,413.61; Wanita MCA berjumlah RM300,000 dan Badan Perhubungan UMNO Sabah, RM1,254,112.24.

Mahkamah kemudian menetapkan 27 September untuk pihak pemohon memfailkan hujahan bertulis manakala 18 Oktober bagi hujahan bertulis oleh pihak responden.

Selain itu, mahkamah turut menetapkan 8 November 2019 bagi hujahan balas bertulis pemohon.

Permohonan melucut hak itu dibuat pendakwaan mengikut Seksyen 56(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.-BH

Tinggalkan komen anda