Jakarta bakal dinaik taraf


shadow

JAKARTA: Kerajaan Indonesia tidak akan mengabaikan Jakarta selepas mengumumkan rancangannya untuk memindahkan ibu negara itu ke Kalimantan Timur.

Menteri Perancangannya, Bambang Brodjonegoro berkata sebanyak AS$40 bilion (RM168.39 bilion) diperuntukkan bagi menaik taraf bandar raya itu dalam dekad seterusnya.

“Kos berjumlah AS$40.18 bilion (RM169.16 bilion) untuk proses pembangunan ibu kota Jakarta dalam tempoh 10 tahun akan datang iaitu melebihi peruntukan sebanyak AS$33 bilion (RM138.93 bilion) bagi membina ibu negara baharu di pulau Borneo.

“Jakarta adalah pusat bagi segala aktiviti di Indonesia. Kita hanya memindahkan pusat pentadbiran, tetapi kewangan (pusat), perniagaan dan perdagangan kekal di sini,” kata Bambang kepada Reuters.

Kerajaan dijangka berpindah ke ibu negara baharu di wilayah Kalimantan Timur pada 2024.

“Ramai menganggap keadaan di Jakarta adalah baik, hakikatnya Jakarta tidak berada dalam keadaan baik. Keadaan air menjadi punca kebimbangan, sisa kumbahan dan masalah pencemaran udara,” katanya.

Hanya 60 peratus daripada seluruh Jakarta dilengkapi infrastruktur bekalan air, memaksa jutaan penduduk dan premis perniagaan menggali perigi bagi mendapatkan sumber air dalam tanah menyebabkan berlakunya pencemaran alam

-myMetro

Tinggalkan komen anda