Hotel buat tawaran pelik


shadow

BEIJING: Sebuah hotel lima bintang di tengah China memohon maaf selepas menawarkan pelanggannya peluang menginap di bilik yang baru dikosongkan bintang Hong Kong, Karen Mok, selain membawa pulang tuala dan alas katil yang digunakan penyanyi berkenaan.

Movenpick Hotel Enshi di wilayah Hubei mengeluarkan kenyataan kelmarin memohon maaf kepada orang ramai kerana ‘pengaruh buruk ditunjukkan susulan kejadian membida bilik suite dihuni si dewi, Mok.’

South China Morning Post melaporkan, pada Selasa lalu, hotel itu mengiklankan di media sosial untuk orang ramai membida peluang tinggal di bilik suite berkenaan yang dihuni Karen selepas persembahan di bandar itu pada Sabtu lalu. Bida dibuka dengan nilai 8,800 yuan (RM5,200).

Tawaran itu turut menyertakan gambar bilik berkenaan dan keterangan: ‘Dewi Mok meninggalkan Enshi tetapi biliknya masih kekal di sini, masih panas dan berbau sepertinya.’

Ia turut menyatakan pembida yang menang boleh membawa semua alas kecuali tilam yang digunakan ‘dewi’ berkenaan, malah juga tuala dan peralatan mandi.

Beijing News melaporkan anggota pasukan pemasaran hotel berkenaan kini sedang disiasat, manakala hotel itu turut didenda pihak berkuasa di Enshi.

-myMetro

Tinggalkan komen anda