Elak perkauman sempit, kata khutbah


shadow

Khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengingatkan umat Islam supaya mengelak daripada perkauman sempit.

“Dalam kita menunggu detik untuk menyambut tarikh keramat kemerdekaan negara ke-62 dan Sambutan Maal Hijrah 1441H, janganlah kita menyokong dan bersekongkol dengan kumpulan yang mendokong Asabiyyah dan perkauman sempit,” kata khutbah.

Tahun ini Maal Hijrah akan disambut pada Ahad ini, sehari selepas sambutan hari kemerdekaan negara.

Dalam khutbah dibacakan di negeri-negeri di Selangor itu, mimbar berkata berulang kali mengangkat isu umat Islam tidak bermakna merendahkan agama-agama lain, apatah lagi menzalimi mereka.

Bagaimanapun, kata khutbah, umat Islam akan dipersoalkan memandangkan kedudukannya sebagai ummah al ijabah (umat yang menerima Islam), umat al dakwah (umat yang diamanahkan untuk menyebarkan Islam) dan umat al khilafah (umat yang menjadi pemimpin).

“Terjulang Islam atau terbenamnya Islam di negara ini terletak di tangan umat Islam itu sendiri,” kata khutbah secara umum.

  • malaysiakini

Tinggalkan komen anda