Budak ajal makan manis setiap hari


shadow

BEIJING: Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun di China meninggal dunia akibat masalah buah pinggang kerana mengambil makanan manis setiap hari termasuk minuman teh bubble.

Memetik tribunnews.com, bapa kanak-kanak perempuan itu menyesal kerana sering membiarkan anaknya makan manis sejak usia dua tahun.

Lelaki yang bekerja sebagai pembuat kuih di sebuah restoran memberitahu setiap hari membawa pulang manisan dan minuman teh bubble.

Oleh sebab itu, anaknya menghidap obesiti dan mengadu sakit perut pada Januari lalu, lapor See Hua.

Kanak-kanak terbabit dibawa ke hospital selepas kehilangan berat badan mendadak dalam tempoh beberapa hari dan hasil pemeriksaan mendapati buah pinggang dan hatinya sudah rosak.

Bapa kanak-kanak itu dilaporkan menangis apabila doktor mengesahkan masalah buah pinggang anaknya disebabkan makanan manis.

-myMetro

Tinggalkan komen anda