Baju sejuk mampu milik


shadow

APABILA merancang untuk melancong ke negara beriklim sejuk, satu persatu keperluan perlu disenaraikan bagi mengelak sebarang masalah tidak diingini terjadi terutama apabila tiba ke destinasi pilihan.

Baju sejuk antara keperluan yang perlu disediakan sebelum memulakan percutian namun ramai mula mengeluh apabila kebanyakan baju sejuk yang berada di pasaran dijual dengan harga terlalu tinggi.

Masalah menjadi semakin rumit sekiranya percutian itu dirancang untuk seisi keluarga, mana tidaknya harga untuk sehelai baju sejuk dewasa boleh mencecah RM300 dan ke atas bergantung kepada rekaan dan jenama yang akhirnya menyebabkan sesebuah keluarga perlu mengeluarkan belanja ribuan ringgit hanya untuk memiliki baju sejuk.

Atas faktor itu sekali gus membantu setiap golongan tanpa mengira usia dalam mendapatkan baju sejuk pada harga mampu milik, Baju Sejuk Bundle (BSB) tampil dengan variasi baju sejuknya yang menepati kriteria berpatutan serta praktikal.

CANTIK dan praktikal.

Menurut pengasas BSB Zetty Edlinna Mohd Nasir, idea untuk menjalankan perniagaan baju sejuk terpakai namun berada pada kualiti terbaik itu muncul apabila dia bersama seluruh ahli keluarganya merancang untuk bercuti ke luar negara.

“Antara perkara pertama yang mula terfikir adalah baju sejuk memandangkan ada di antara kami tidak mempunyainya sebelum menyedari kebanyakan baju sejuk dijual pada harga agak tinggi.

“Daripada situ kami mula sepakat untuk memulakan perniagaan ini kerana mahu membantu orang ramai berbelanja dengan lebih rendah untuk mendapatkan sehelai baju sejuk mengikut cita rasa dan kemampuan masing-masing,” katanya.

Menurutnya, setiap koleksi baju sejuk BSB mempunyai keistimewaan tersendiri terutama daripada segi rekaan yang lebih praktikal untuk wanita juga kepada lelaki dan kanak-kanak.

ANTARA koleksi baju sejuk yang menarik.

“Lebih menarik, setiap koleksi ini dijual pada harga bermula RM40 sehingga RM200 bergantung kepada rekaan juga kualiti.

“Terbaru kami juga menawarkan koleksi baju sejuk terpakai untuk individu bersaiz besar yang sering kali mengalami kesukaran untuk memiliki baju sejuk sesuai,” ujarnya.

Katanya, dari aspek warna, kebanyakan koleksinya didatangkan dalam rona ceria sesuai dengan emosi gembira untuk pergi bercuti.

-myMetro

Tinggalkan komen anda