AS tarik diri daripada perjanjian nuklear


shadow

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) hari ini secara rasmi menarik diri daripada perjanjian peluru berpandu nuklear dengan Russia selepas mendakwa Moscow mencabuli perjanjian itu dan tiada rancangan untuk mematuhinya lagi.

Pegawai kanan pentadbiran AS memberitahu, Presiden Donald Trump memutuskan bahawa negara itu tidak akan mematuhi perjanjian kawalan senjata 1987 yang dikenali sebagai Perjanjian Kuasa Nuklear Jarak Sederhana (INF).

Perjanjian itu mengharamkan kedua-dua negara menempatkan pangkalan darat peluru berpandu jarak dekat dan sederhana di Eropah.

AS sebelum ini menuduh Russia menempatkan beberapa batalion peluru berpandu jarak jauh di seluruh negara itu dengan keupayaan menyerang beberapa sasaran kritikal di Eropah.

GAMBAR fail Perjanjian INF yang dimeterai Presiden Ronald Reagan dan pemimpin Soviet, Mikhail Gorbachev pada Disember 1987. FOTO AFP

“AS tidak akan menjadi pihak yang mematuhi perjanjian itu yang dicabuli oleh Russia.

“Tindakan Russia meletakkan kepentingan AS dalam risiko ketika Moscow membangunkan sistem peluru berpandu yang menjadi ancaman secara terus terhadap AS, sekutu dan rakan kami,” kata Setiausaha Negara, Mike Pompeo dalam satu kenyataan.

Perjanjian INF yang dimeterai Presiden Ronald Reagan dan pemimpin Soviet, Mikhail Gorbachev serta diluluskan Senat AS bertujuan menghapuskan peluru berpandu jarak sederhana dan mengurangkan kemampuan melancarkan serangan nuklear dalam tempoh singkat.

Tinggalkan komen anda