Ammar Habir tinggalkan Drama Band?


shadow

KETIADAAN Ammar Habir dalam foto terbaru anggota Drama Band yang muat naik vokalis kumpulan itu, Aepul Roza baru-baru ini mengundang tanda tanya peminat.

Ramai mula berteka-teki adakah pemain dram itu tidak lagi bersama band terbabit. Malah berikutan perkongsian gambar itu juga timbul spekulasi wujud persengketaan di antara Ammar dan anggota Drama Band lain.

Mewakili rakan-rakannya, Aepul menjelaskan Ammar belum lagi memberikan kata putus sama ada akan kekal bersama Drama Band atau sebaliknya.

“Buat masa ini Ammar masih lagi bersama kami. Cuma, dia ada beritahu sebelum ini mahu berehat sementara waktu.

“Sebab apa yang dia mahu berehat tidak pula dinyatakan dan kami menghormati keputusan Ammar,” katanya.

Sepanjang penubuhan, band itu tidak pernah terpalit dengan kisah masalah dalaman bahkan ketika melancarkan single Drama pertengahan tahun ini masing-masing komited dengan kerja promosi.

  • myMetro

Tinggalkan komen anda